Hyundai Dan Kia Panggil Semula 92,000 Kereta Baharu Keluarannya Di AS

Foto : CBS News

WASHINGTON – Syarikat pembuat kereta dari Korea, Hyundai Motor dan Kia berkata pada Khamis mereka menarik balik lebih 91,000 kenderaan baharu di A.S. kerana risiko kebakaran dan menggesa pemilik meletak kenderaan di luar dan jauh dari struktur sementara menunggu pembaikan.

Penarikan balik itu meliputi kenderaan Hyundai 2023-2024 Palisade, 2023 Tucson, Sonata, Elantra, dan Kona serta kenderaan Seltos 2023-2024 dan 2023 Kia Soul, Sportage.

Kira-kira 52,000 kenderaan Hyundai dan hampir 40,000 kenderaan Kia dilindungi bawah penarikan balik itu.

Pembuat kereta Korea itu berkata pengawal elektronik untuk pemasangan pam minyak Idle Stop & Go mungkin mengandungi komponen elektrik yang rosak yang boleh menyebabkan pam menjadi terlalu panas.

Pemilik akan dimaklumkan pada akhir September dan peniaga akan memeriksa dan menggantikan pengawal pam minyak elektrik mengikut keperluan.

Kia berkata ia menerima enam laporan kejadian berkait dengan masalah tersebut tetapi tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan manakala Hyundai dikatakan menerima empat laporan serupa.

Syarikat itu memberitahu Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan bahagian yang dikatakan rosak telah dihapuskan daripada pengeluaran pada bulan Mac.

Selain risiko kebakaran, kerosakan haba boleh mencetuskan litar pintas.

Hyundai berkata pihaknya menerima laporan kenderaan jenis Palisade 2023 yang mempamerkan kerosakan haba pada abah-abah wayar/penyambung pam minyak elektrik, mendorong pembuat kereta itu membuka siasatan, pada Disember.-REUTERS