‘Happy’ Dengan Nama Hari Idul Fitri

SETIAP kali hari raya Aidilfitri tiba, ia pasti akan menjentik hati lelaki ini kerana ia terlalu istimewa disebabkan namanya sama dengan sambutan hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa itu.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berumur 42 tahun yang telah diberi nama Hari Idul Fitri ini menyifatkan Aidilfitri hari ulang tahun kelahirannya walaupun dia dilahirkan pada 12 Jun 1981.

Di sebalik namanya yang unik itu, ada cerita menarik di sebalik nama itu.

Hari berkata, namanya diberikan oleh bapa beliau, Mohammad Haris sempena kelahirannya yang jatuh pada hari raya pertama.

“Saya bahagia dengan nama ini. Namun di sebaliknya, saya sukar meyakinkan orang lain terutama kawan baru mengenai nama saya.

“Ada antara mereka sangka saya bergurau sehingga saya perlu tunjuk kad pengenalan, baru mereka percaya,” katanya.

Sumber & Gambar : Harian Metro