Tak nak kahwin punya pasal, gadis bawah umur nekad panjat papan iklan – “Jangan paksa boleh tak?!”

ENGGAN mengahwini lelaki pilihan keluarga menyebabkan seorang gadis bawah umur di Madhya Pradesh, India, nekad memanjat papan iklan di jalan raya.

Portal Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku di bandar Pardesipura, Indore, baru-baru ini.

Gambar yang dikeluarkan agensi berita India, ANI viral di media sosial menunjukkan gadis berkenaan duduk di atas papan iklan sambil bercakap di telefon.

Berdasarkan laporan media tempatan, polis tiba di lokasi kejadian dan memujuk gadis itu turun, tetapi tidak berjaya.

Anggota polis kemudian terpaksa menghubungi lelaki yang ingin dikahwini gadis itu.

Polis Pardesipura, Ashok Patidar berkata, siasatan mendapati gadis itu bertindak sedemikian selepas ibunya meminta dia berkahwin dengan seorang lelaki.

Bagaimanapun katanya, dia enggan menuruti permintaan itu kerana dipercayai sudah mempunyai kekasih.

Beliau berkata, susulan kejadian, gadis itu hanya bersetuju untuk turun selepas teman lelakinya memujuknya.

“Seorang gadis kecil memanjat papan iklan menuntut hak bagi mengahwini lelaki pilihannya,” kata Patidar.

Sumber: Harian Metro

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass pada Rabu.

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...