Dalam Passport Terlalu Cantik, ‘Influencer’ Hampir Terlepas Pesawat Kerana Muka Berbeza

GARA-gara foto di pasport yang dianggap berbeza dan lebih cantik dibandingkan dengan wajah sebenar, seorang pempengaruh hampir tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat penerbangannya, lapor The Sun.

Wanita berasal dari Los Angeles, Alisha Marie berkata, insiden sangat memalukan itu berlaku ketika pemeriksaan imigresen sebelum berlepas dari Instanbul, Turkiye.

Menurutnya, foto di pasportnya hampir menghalangnya daripada menaiki pesawat kerana kakitangan bertugas tidak percaya bahawa dia adalah pemegang pasport berkenaan.

“Petugas itu memberikan amaran bahawa orang ramai tidak boleh mengambil ‘gambar cantik’ untuk pasport kerana ia berisiko tidak diiktiraf.

“Mereka hampir tidak membenarkan saya menaiki penerbangan saya. Sebab mereka kata saya tidak kelihatan seperti foto pasport saya,” jelasnya dalam hantaran video di TikTok.

Dalam ruangan komen, dia menambah bahawa dia tidak pernah merasakan begitu rendah diri seumur hidupnya.

Ribuan menonton video Alisha, dengan ramai yang mengatakan inilah sebabnya mereka tidak pernah mengambil gambar yang bagus untuk pasport mereka.

Seorang wanita lain menulis di ruangan komen: “Sudah pasti tidak perlu ‘glam’ untuk gambar pasport saya kerana saya sentiasa kelihatan agak serabai apabila melancong.”

Pada awal tahun ini, seorang pelakon yang pernah berhadapan situasi serupa berkata, dia dihalang daripada memasuki sebuah negara kerana wajahnya kelihatan sangat berbeza daripada gambar pasportnya tanpa solek.

Sumber gambar – Life Issue Blog | Sumber laporan – Harian Metro