‘Bah Kobra Indonesia’ Meninggal Dunia Dipatuk Ular Tedung Ketika Buat Pertunjukan

Foto : Kolase Tribunnews

JAKARTA – Seorang bomoh ular, Rosandi Maulana meninggal dunia selepas dipatuk ular tedung semasa majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-78 di Desa Cisarua, Jawa Barat pada Jumaat lalu, lapor portal berita serambinews.com.

Ketika kejadian, dia yang berumur 63 tahun sedang melakukan persembahan dengan dadanya terdedah bersama seekor ular tedung sepanjang  3.5 meter dan berat lapan kilogram (kg) di hadapan sejumlah penonton.

Bagaimanapun, dia yang juga dikenali sebagai Bah Kobra kemudian terbaring dan mengalami kesukaran bernafas manakala terdapat individu menghubungi pasukan perubatan, menyebabkan ambulans tiba di tempat kejadian. 

Dia dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi kemudian meninggal dunia.

Andrian Saputra iaitu ketua sebuah pertubuhan persaudaraan, Paguyuban Seni Cisarua menyatakan bomoh itu dipatuk ular di bahagian lengan kirinya ketika melakukan pertunjukan. – Agensi

Sumber : Kosmo