Viral video gelek penari iras AC Mizal – “Lentik saya lain!”

SELEBRITI versatil, Datuk AC Mizal akhirnya ‘bersuara’ selepas tersebarnya sebuah video yang memaparkan seorang penari mirip wajahnya.

Video yang mula tersebar sejak semalam itu turut membuat para penonton geli hati dengan gerak tarian yang dipersembahkan.

“Saya terpanggil untuk menjawab banyak pertanyaan sampai anak saya sendiri cakap tak pernah nampak daddy pakai singlet hitam? Alahai ini bukan saya, lentik saya lain! Saya tak shave ketiak ok!

“Dua hari fon notification tak berhenti-henti, ingat apa. Rupanyer dah pecah lobang i buat job tepi selain daripada pengacara!,” seloroh AC Mizal.

Pendedahan AC Mizal itu turut mengundang tawa rakan-rakan selebriti di ruangan komen laman sosialnya.

“Tipu, ni memang Datuk!,” tulis pelawak Sharif Zero.

“Boleh bukak akademi,” Tulis aktres Diana Danielle