Usia Bukan Penghalang, Nenek Berjubah Berjaya Tamatkan Marathon

Foto : Kosmo

PETALING JAYA – Usia bukan penghalang bagi seorang nenek untuk menamatkan larian dalam satu acara maraton yang dianjurkan di Melaka, semalam.

Menerusi satu hantaran di TikTok, warga emas itu berjaya menarik perhatian orang ramai apabila tampil bersahaja ketika menyertai acara tersebut dengan mengenakan busana jubah rona hijau dan tudung hitam.

Rata-rata orang ramai kagum dengan stamina yang ditonjolkan warga emas tersebut walaupun sudah lanjut usianya.

“Terbaik nenek, semoga nenek sihat selalu,” doa seorang pengguna.

“Nenek lebih produktif daripada saya,” kata Arif.

“Hebat Nek, saya lari sikit pun sudah lelah,” tulis Jamal.

Pada masa yang sama, ada juga yang terhibur apabila nenek itu sekadar menyarung selipar dan pakaian hariannya.

“Walaupun tanpa pakaian sukan berjenama mahal, beliau tetap ‘steady’ masuk marathon,” seloroh Irene.

“Nenek memang ‘steady’, masuk maraton pun pakai jubah sahaja,” kata Syahirah.

“Tak ada alasan tak boleh join (sertai) dah selepas ini, nenek pun siap berjubah, berselipar weh,” tulis Nadira.

Sumber : Kosmo