Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM5,000 Lebih, Anak Tertumpah Pengilat Kuku Pada Pakaian Di Butik Levi’s

Semalam setelah selesai berbuka di sebuah pusat membeli-belah, Tomok dan keluarga berkunjung ke sebuah butik Levi’s dan anaknya secara tidak sengaja telah tertumpah pengilat kuku pada beberapa pakaian butik tersebut. 

Memetik laporan The Reporter, disebabkan kejadian berkenaan, Tomok terpaksa ‘membeli’ beberapa seluar dan baju yang terjejas yang dianggarkan bernilai lebih dari RM5,000. 

“Saya bersama family berada di The Garden untuk berbuka puasa. Jadi, sekarang dah pukul 9.30 malam, nak tutup kedai dah, wife saya nak beli seluar. Tapi satu kejadian yang berlaku tadi. Anak saya dah tertumpahkan pengilat kuku dekat baju dan seluar Levi’s.

“Seluarnya berharga RM1,299, dan ianya bukan kena pada satu seluar, tetapi pada empat pasang seluar. Kemudian baju, sehelai berharga RM499, RM899. 

“Gais, saya tak boleh buat apa, saya tak boleh keluar daripada kedai ini. Saya kena bayar total dia selepas diskaun, saya dapat RM5,593. 

“Err.. jadi saya nak juallah seluar ini kepada sesiapa yang nak beli. Saya bayar dulu tak apa, tapi saya akan jual baliklah sebab ini bukan saiz saya. Ini terlalu besar untuk saya. 

“Ini seluar jeans Levi’s American Finest, vintage collection. Kalau siapa nak nak beli. Sila DM saya. Saya pun tak tahu ni, dah nak raya jadi macam ini pula. Ujian.. ujian. 

“Doakan saya, siapa nak beli, DM saya. Tolong saya gais! Saya jual pun tak adalah ikut harga penuh, saya jual pun takde lah murah sangat. Takpe, inshaAllah ada rezeki yang lain untuk saya,” katanya di dalam video yang dikongsikan semalam. 

Gambar & Sumber : The Reporter