Muatnaik Pendapat Yang Seolah-olah Menyokong Perbuatan Jocelyn Chia, Pelawak Dan Penyampai Radio, Kavin Jay Dihentam Netizen Sehingga Terpaksa Padam Akaun Twitter

Foto : JUICE

Selepas memuatnaik pendapat beliau berkaitan insiden lawak keterlaluan Jocelyn Chia di akaun Twitter beliau, Kavin Jay telah dihentam teruk oleh netizen yang berasa tidak puas hati dengan kenyataan yang beliau kongsikan. Susulan itu, akaun Twitter Kavin Jay telah dipadam.

Everyone has suddenly turned into experts in Stand-up Comedy Overnight. There is so much advice and methods on how to be funny now” tulis beliau di dalam satu perkongsian di Twitter.

Salah seorang netizen meluahkan rasa tidak puas hatinya dan menyatakan yang insiden MH370 yang telah berlaku bukanlah sesuatu yang boleh dilawakkan.

Kavin kemudiannya membalas dengan mengatakan bahawa seseorang itu tak patut memberi nasihat berkenaan pekerjaan yang bukan bidang dia.

Walaupun apa yang dimuatnaik oleh Kavin di Twitter itu tidak secara terang terangan menyokong lawak Jocelyn Chia, ramai di kalangan netizen masih berasa tidak senang dengan apa yang dikongsikan.

Sumber : The Rakyat Post