Polis Sedang Mencari Tahanan Lari Dari Hospital Sungai Bakap Di Nibong Tebal

Foto : Harian Metro

Polis sedang mencari seorang tahanan yang dilaporkan melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB), di Nibong Tebal, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Ng Ah Thiam, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 3.56 petang daripada warden penjara yang memaklumkan seorang tahanan lelaki warga tempatan melarikan diri.

Menurutnya, tahanan berkenaan yang dikenali Nordin Ahmad berusia 54 tahun meloloskan diri ketika berada di Wad Kuarantin Tibi (Wad 5) di HSB.

“Ketika itu, tahanan terbabit berpakaian t shirt berwarna kelabu dan berseluar pendek berwarna hitam.

“Susulan laporan berkenaan, polis kini melancarkan ‘Op Tutup’ dan usaha mengesan tahanan terbabit giat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ah Tiam berkata, kerjasama orang awam amat diperlukan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan tahanan terbabit.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor M Karthik di talian 016-6970009 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber : Harian Metro