PM Anwar Ibrahim Dapat Cucu Yang Ke-12

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimang seorang cucu perempuan, semalam.

Memetik laporan Berita Harian, khabar gembira itu telah dikongsikan Anwar menerusi hantaran di Facebook.

“Alhamdulillah!.

“Hadiah Ramadan. Nurul Isra Mitsuki, anakanda (Nurul) Ilham dan Luqman Watanabe. Cucunda saya dan (isteri Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) yang ke-12. Bertambah meriah raya kali ini,” tulis beliau.

Nurul Ilham, anak keempat daripada enam adik beradik berkahwin dengan Mitsuru Luqman Watanabe pada Disember 2018.

Sumber & Gambar : Berita Harian