PETALING JAYA: Penyanyi Naim Daniel nyaris hilang jari apabila mercun bola yang dipegangnya dipercayai meletup sebelum sempat dicampak.
Akibat letupan itu, penyanyi yang juga komposer itu mengalami cedera ringan di tangan dan dahi
Berdasarkan kepada gambar yang dimuat naik di Instagram, Naim yang tidak berbaju menunjukkan tapak tangannya dan jarinya yang luka.
Selain itu terdapat juga kesan luka di dahi akibat letupan mercun itu.
Difahamkan ketika kejadian Naim bermain mercun bersama anggota keluarga di kampung halamannya di Melaka.
Dalam keterangan gambar yang dimuat naik itu Naim menulis: “Jangan main mercun bola please.”
Sumber dan Foto – Utusan