Kes Covid Di Malaysia Masih Terkawal

KES Covid-19 di dalam Malaysia masih lagi terkawal meskipun berlaku sedikit peningkatan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata tiada prosedur operasi standard (SOP) khusus Aidilfitri ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Sehubungan itu, individu digalakkan melaksana kawalan kendiri seperti memakai pelitup separuh muka di tempat awam terutamanya jika bergejala.

“Kalau ada peningkatan kes ia hanya melibatkan sub varian Omicron, walaupun mudah berjangkit..Peratusannya sangat rendah. kita tidak perlu bimbang”, katanya yang ditemui Berita RTM selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di Kulai.

Sumber : Berita RTM | Gambar : Benar News