Elaun Bulanan Khas UTK Diluluskan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan elaun bulanan khas kepada Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Memetik laporan TV3, perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi satu hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata, kelulusan elaun khas itu diberikan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan semalam.

Gambar : Saifuddin Nasution Ismail/ Facebook

“Sewaktu Sambutan Ulangtahun ke-48 Unit Tindakhas pada 1 Januari lalu, saya nyatakan komitmen antaranya untuk memastikan kebajikan anggota UTK terjaga. Alhamdulillah, semalam YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan kelulusan elaun bulanan khas kepada anggota UTK.

Beliau berharap berita baik itu dapat meningkatkan lagi motivasi anggota UTK dalam menabur baki kepada negara.

Sumber : Buletin TV3 | Gambar : Astro Awani