Anak Dikeji Di Laman Sosial, Sakinah Mahu Saman Netizen Yang Melampau

Foto : Kosmo

Pelakon Sharifah Sakinah nyata tidak tahan dengan sikap melampau netizen yang gemar membuli anaknya, Anais dengan perkataan tidak sepatutnya dalam laman sosial.

Ini susulan penularan sebuah video dalam TikTok.

Menurutnya, jika netizen tidak menyukai Anais, janganlah menjadikan anak kecil yang tidak berdosa sebagai sasaran melemparkan ejekan dan kecaman.

Meluahkan rasa, Sakinah jelas berang dan kecewa dengan tindakan individu tidak beradab yang seolah-olah tiada hari perut mengeji anaknya.

“Sangat mengecewakan apabila melihat anak saya menjadi mangsa buli.

“Mengambil kira ini adalah amaran terakhir, saya akan mengambil tindakan undang-undang demi untuk melindungi keluarga,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Sumber : Kosmo