Wanita Bimbang Apabila Rumahnya Di Petaling Jaya Dipenuhi Anak Ular Sawa

Foto : Kosmo

Seorang wanita meluahkan rasa bimbang apabila rumah yang didiaminya dipenuhi anak ular sawa.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik Tiniefaizal85 di akaun TikTok miliknya memaparkan, beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang giat menangkap beberapa ekor anak ular sawa di kawasan rumahnya.

Jelasnya, walaupun banyak anak ular sudah ditangkap, namun kelibat anak ular sawa masih kelihatan di sekitar rumahnya.

“Ular masih ada lagi kat rumah. Tak tahu nak buat macam mana. Kami sekeluarga ketakutan, nak keluar takut, naik kereta pun takut sebab ada yang masuk dalam bonet.

“Semua anak ular sawa dah keluar masuk kawasan rumah,” katanya.

Tambahnya, dia juga meminta pendapat orang ramai cara mengatasi kehadiran ular sawa di rumahnya.

“Ada cadangan tak sahabat? Ada sarang ular sawa dekat bawah longkang saya itu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan mengenai masalah wanita tersebut.

“Kak, cuba letak limau dengan garam. Kak tabur dekat sekeliling rumah. Sebab selalu dengar orang cakap macam itu,” kata Farahsafn.

“Takutnya, tak boleh bayang nak tido macam mana. Memang ketakutan dibuatnya. Banyak sangat-sangat ni,” ujar MakcikTT.

Sumber : Kosmo