Trend Baharu! Banding Artis Baik Atau Sombong?

SEJAK kebelakangan ini banyak trend muncul dalam media sosial dan trend terbaharu yang menarik perhatian adalah perbandingan artis baik serta artis sombong.

Disebabkan trend yang tular dalam Twitter itu, banyak nama selebriti tanah air menjadi sebutan sebelum dilabel sebagai sombong ataupun ramah.

Antara selebriti tanah air yang memonopoli kategori artis baik ialah Hun Haqeem, Maya Karin dan Dayang Nurfaizah.

Sementara, Siti Khadijah Halim, Janna Nick dan Jihan Muse pula antara yang didakwa sebagai sombong.

Bagaimanapun, trend ini hanyalah penilaian dan pengalaman khalayak yang pernah bertemu dengan selebriti terbabit. Main-mana saja!

Sumber gambar & laporan – Kosmo Digital