“Pakcik botak tu bukan gua siot!” – Joe Flizzow

TULAR sebuah perkongsian video di Twitter melalui trending #JoeFlizzow yang menunjukkan situasi sekumpulan lelaki yang sedang bergaduh.

Dalam video tersebut, terdapat seorang lelaki yang didakwa persis seperti penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow, berpakaian warna biru sedang mengamuk sambil menghentak cermin kereta dan bertindak membaling sesuatu sehingga cermin kereta pecah.

Video yang tular di Twitter

Walau bagaimanapun, video tersebut tular bukan disebabkan Joe Flizzow yang bergaduh, malah ianya mendapat perhatian ramai hanya disebabkan wajah suspek tersebut dikatakan sama persis seperti Joe Flizzow.

Video yang tular di Twitter

“Pakcik botak tu bukan gua siot!”, itu antara video yang dikongsi oleh Joe Flizzow sendiri melalui Twitter.

Video yang dikongsi Joe Flizzow

Dalam pada itu, kejadian tersebut telah diklarifikasi oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan difahamkan ia berlaku di Lembah Klang.

Polis Klang Selatan telah berjaya menangkap keempat individu yang terlibat dengan kejadian ini dan kes disiasat di bawah seksyen 394/427 Kanun Keseksaan.