Azlee Senario Stabil Selepas Pembedahan di IJN

Azlee Senario Dilaporkan Stabil

Pelawak dan pelakon Azlee Senario kini dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN). Azlee bersyukur kerana pembedahan selama dua jam itu berjalan lancar tanpa komplikasi. Masalah jantungnya belum mencapai tahap kronik yang memerlukan pembedahan pintasan jantung.

“Saya sedar sekitar pukul 3 pagi, nafas saya semakin baik walaupun masih dalam proses penyembuhan,” kata Azlee kepada MStar. Doktor memaklumkan masalah jantungnya tidak terlalu serius.

Isterinya, Aslinda Ayob, menceritakan bahawa Azlee dibawa ke klinik berhampiran selepas mengadu sakit dada. Doktor meminta agar Azlee dibawa terus ke hospital, dan dia kemudian dirujuk ke IJN kerana keadaan yang membimbangkan.

Marilah kita terus mendoakan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat Azlee. Sumber – Gempaq