PM beri sumbangan kepada 29 masjid, 13 surau sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Aidiladha sebanyak RM113,000 serta 42 ekor lembu kepada 29 masjid dan 13 surau di Parlimen Indera Mahkota, semalam.

Anwar menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau mengadakan pertemuan dengan ahli jawatankuasa masjid dan surau bagi kawasan Parlimen itu.

Semoga masyarakat Indera Mahkota dapat menjalani ibadah korban pada tahun ini dengan penuh kesyukuran, insya-Allah,” menurut catatan itu.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Isnin depan (17 Jun).