Menteri Dalam Negeri Mengesahkan Yang Kegiatan Judi Dalam Talian Haram Dinaungi Orang Politik

Foto : BeritaSatu.com

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah hari ini mengesahkan kegiatan perjudian dalam talian haram dinaungi pemimpin politik.

Beliau berkata, dengan adanya naungan itu, pengendali judi haram dilindungi, sekali gus mempengaruhi tindakan pihak berkuasa memerangi jenayah berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

“Ya memang wujud elemen naungan politik ke atas pengendali judi dalam talian dan saya sahkan.

“Dari situ wujudnya perlindungan dan pengaruh, menyebabkan berlakunya korupsi dan sogokan yang menyebabkan nipis tekad politik untuk mengadakan dan membaharui tekad memerangi kegiatan secara habis-habisan.

“Pusingannya pemain perjudian yang dinaungi ini membalas ‘political master’ ini, ‘polical master’ membalas dengan melindungi tindakan ini dan tidak di ambil tindakan dan maklumat dibocorkan… polis faham sungguh corak ini .

“Sebab itu, saya imbas Yang Berhormat Tambun (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada sebut elemen ini, kemudian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan tetapi tiada maklumat yang kolaboratif,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk R Ramanan (PH-Sungai Buloh) yang ingin mengetahui jika benar wujud naungan politik dalam kegiatan perjudian dalam talian haram.

Sumber : Berita Harian