Mak Dan Anak Ditahan Polis, Kes Tipu Derma

Polis telah menahan seorang wanita dan anak lelakinya bagi membantu siasatan berhubung penipuan derma yang didalangi keluarga berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 60 tahun dan anak lelakinya yang berumur 28 tahun telah ditahan di Sungai Buloh semalam berikutan tujuh laporan polis dibuat terhadap mereka sejak 21 Mac lalu.

Ketika penahanan dilakukan, polis menemui wang tunai berjumlah RM110,011 daripada suspek yang sepatutnya dihantar ke India dan RM268,000 lagi dalam akaun bank wanita terbabit dipercayai daripada sumbangan orang ramai.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar ketika dihubungi Sinar Harian telah mengesahkan penahanan terbabit dan suspek akan didakwa pada Isnin ini di Mahkamah Shah Alam.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti pembabitan anak lelakinya dalam kes terbabit.

“Siasatan juga dijalankan bagi mengenalpasti sama ada suspek terbabit dengan penipuan lain atau tidak,” katanya.

Sumber : Harian Metro Gambar : Jom Tanya Peguam