Lelaki Maut Dihempap Kontena

Foto : Kosmo

KLANG – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya dihempap kontena di Jalan Dato Yusof Shahbudin 29A, Taman Sentosa di sini, petang semalam.

Difahamkan, mangsa berusia lingkungan 40-an yang memandu Perodua Kancil dipercayai berlanggar dengan kontena tanpa kepala lori yang sedang memunggah barang tersebut.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, sembilan anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 4.46 petang.

“Pemeriksaan mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori kontena tanpa kepala yang sedang mengisi barang dan Kancil.

“Mangsa yang juga pemandu kereta yang tersepit berjaya dikeluarkan anggita bomba dalam tempoh 10 minit,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Zulfikar, lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Sumber : Kosmo