Kes Kebakaran Motosikal Di KLCC, Seorang Lelaki Direman

Seorang lelaki warga tempatan direman enam hari sehingga 19 April ini bagi membantu siasatan kes kebakaran 13 motosikal dan empat skuter elektrik di ruangan parkir Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata suspek berusia 34 tahun .

“Tangkapan telah direman selama enam hari hingga 19 April 2023. Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan. Pihak Polis juga telah merampas sebuah motosikal jenis Honda RS, serangkai kunci motosikal, sebiji topi keledar, sehelai baju, sehelai seluar, sepasang sarung lengan, 1 beg, 1 jam tangan dan 1 pemetik api”, katanya kepada Buletin TV3.

Semalam, Buletin TV3 melaporkan 13 motosikal dan empat skuter elektrik musnah dalam kebakaran di kawasan parkir hadapan Suria KLCC di Jalan Ampang kira-kira jam 3.40 petang.

Setakat ini, 10 laporan polis telah diterima berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sumber : Buletin TV3 | Gambar : Astro Awani