Isteri penyampai berita Astro Arena yang menghidap kanser menerima sumbangan daripada Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada penyampai berita Astro Arena, Akbar Sahari, untuk isterinya yang disahkan menghidap kanser usus tahap empat. Beliau dimaklumkan bahawa isterinya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital di ibu negara.

Sehubungan itu, beliau yang diwakili oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, telah hadir menziarahi dan menyampaikan sumbangan.

Dalam pada itu, Anwar berharap sumbangan yang disampaikan dapat mengurangkan beban kos perubatan yang sedang ditanggung. “Saya doakan Akbar serta keluarga sabar menempuh dugaan selain isterinya diberi kekuatan untuk melawan penyakit ini, Insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.