Gadis 17 Tahun Diselamatkan Polis Selepas 11 Bulan Dilarikan Teman Lelaki

Gambar : RTM

POLIS menyelamatkan gadis berusia 17 tahun yang dilarikan teman lelakinya sejak 11 bulan lalu dalam serbuan di sebuah rumah di Banting, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata bahawa mangsa dipercayai tinggal bersama suspek di sebuah di stor besi buruk di sekitar Banting sejak dilarikan suspek pada Julai lalu.

Menurutnya, hasil maklumat risikan, polis berjaya mengesan dan menahan suspek di sebuah kampung di Banting sebelum berjaya menemui mangsa di sebuah kampung di daerah sama.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai suspek yang bercinta dengan mangsa sejak 2014 mengesyaki gadis itu mempunyai teman lelaki lain.

“Mangsa dipercayai memang mengikut suspek, namun kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Kanak-kanak 2001 kerana mangsa (masih bawah umur kerana) berusia 17 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, hasil maklumat risikan, polis berjaya mengesan dan menahan suspek di sebuah kampung di sekitar Banting dan berjaya menemui mangsa di Jalan Bukit Perah, Kampung Olak Lempit, Banting

Katanya, sepanjang dilaporkan hilang, mangsa tidak pernah menghubungi keluarganya di Desa Mentari, di sini, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya berlaku perlakuan seksual.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai besi buruk tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.

Katanya, suspek direman dua hari sejak semalam untuk membantu siasatan yang turut dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro