Cuaca Panas Tahap Satu Di Lima Kawasan

LIMA kawasan merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga, setakat semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Jabatan Meteorologi Malaysia (METmalaysia) dalam kenyataan di Facebook berkata, kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu di Semenanjung termasuk Kubang Pasu di Kedah selain Tangkak, Johor dan Raub, Pahang.

“Di Sabah, terdapat satu kawasan mencatatkan cuaca panas tahap berjaga-jaga iaitu Nabawan.

“Di Sarawak pula amaran cuaca panas tahap satu dikeluarkan bagi kawasan Mukah,” katanya.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Sumber : Berita Harian | Gambar : Kompas.com