Lelaki sumbat belut dalam dubur kerana sembelit

SEORANG lelaki terpaksa menahan derita selepas memasukkan seekor belut berukuran 20 sentimeter ke dalam duburnya bagi mengubati masalah sembelit yang dialami.

Seorang lelaki di Xianghua, wilayah Jiangsu, telah memasukkan seekor belut berukuran 20 sentimeter ke dalam duburnya bagi mengubati masalah sembelit yang dialami, lapor Kosmo.

Lelaki yang berasal dari Xianghua, wilayah Jiangsu itu nekad melakukan perkara perkara tersebut akibat terlalu mempercayai cara perubatan tradisional yang kononnya belut dalam dubur boleh melegakan masalah sembelit.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mangsa yang bertarung dengan kesakitan serius apabila belut tersebut “berenang” ke bahagian abdomennya dan mula menggigit bahagian usus.

Mangsa terpaksa menahan sakit selama 24 jam sebelum ke hospital kerana terlalu malu untuk mengakui tindakannya kepada kepada doktor.

Doktor yang menjalankan pembedahan ke atas mangsa menjelaskan dia hampir kehilangan nyawa kerana kerana bakteria yang dibawa oleh belut di usus besar boleh menyebabkan hemolisis ketika sampai ke rongga perut.

Lebih mengejutkan. belut tersebut masih hidup ketika dikeluarkan oleh doktor.

Kes sebegini kerap berlaku dalam kalangan penduduk China yang sangat mempercayai perubatan tradisional seperti ini.

Sumber: Kosmo