Isteri Jutawan Mengadu Diabai Suami, Mengeluh Terpaksa ‘Sibukkan’ Diri Dengan Aktiviti Mewah Kerana Suami Banyak Kerja

Foto : Kosmo

Seorang isteri yang berasal dari Britain mengeluh kerana suaminya yang juga seorang jutawan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk dirinya, lapor laman berita NZ Herald hari ini.

Pada 2021, wanita yang dikenali sebagai Soudi itu berkahwin dengan jutawan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), yang juga dikenali dengan nama Jamal dan berpindah ke Dubai untuk menikmati gaya hidup mewah.

Hampir setiap hari dia makan di restoran mahal dan eksklusif, kerap membersihkan kuku, melakukan urutan mewah dan membeli-belah di pusat beli-belah mewah.

“Satu lagi perkara yang saya dapati sukar adalah Jamal sentiasa sibuk, dia sentiasa menggunakan telefon bimbitnya dan sentiasa ada acara untuk dihadiri. Jadi, setiap kali Jamal melancong, saya hanya perlu menyibukkan diri.

“Sebagai isteri jutawan, anda hanya perlu faham bahawa dia tidak akan sentiasa mempunyai masa untuk anda. Bagi mengatasi ini, dia sentiasa menghubungi (melalui telefon) dari mana-mana lokasi dia berada,” katanya.

Tambah Soudi, satu lagi perkara yang dia dapati sangat sukar adalah dia perlu bertindak dengan cara tertentu.

“Sebagai contoh, setiap kali kami pergi ke pusat beli-belah atau restoran, Jamal sentiasa dikenali. Jadi, saya sentiasa perlu memastikan saya kelihatan 10/10 (sempurna),” katanya.

Sumber : Kosmo