Enggan Mengaji, Remaja Perempuan Sanggup Menipu Diculik

Gara-gara enggan ke kelas mengaji, seorang remaja perempuan sanggup mereka cerita konon dirinya diculik.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, siasatan polis mendapati remaja berusia 13 tahun itu sengaja mereka-reka cerita dirinya mangsa penculikan kerana enggan pergi mengaji.

“Hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan tempat kejadian yang dinyatakan oleh mangsa terdapat keraguan terhadap keterangan yang diberikan sehingga mangsa membuat cerita kononnya diculik kerana tidak mahu menghadiri kelas mengaji.

“Mangsa juga takut dimarahi oleh pengadu (ibunya) kerana enggan hadir mengaji,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Siasatan mendapati remaja tersebut berada di Wawasan Plaza dalam tempoh yang lama hingga disedari oleh pengawal keselamatan di situ.

Sebelum ini tular di Facebook di mana angsa dikatakan telah diculik menggunakan van putih di Kampung Tanjung Aru Baru semalam.

Remaja terbabit turut mendakwa mulutnya ditutup, namun sempat melarikan diri selepas penculik berhenti untuk membuang air kecil di tepi jalan dekat Sutera Harbour.

Sumber : Harian Metro