TAWAU, 7 Sept – Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) dilancarkan di Sabah hari ini oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sempena program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Kampung Sungai Imam, Tawau.

PRIME yang dibangunkan MCMC berasaskan kenderaan dilengkapi satelit, rangkaian selular, radio mudah alih, Wi-Fi serta dron, mampu mempercepat operasi menyelamat semasa bencana. Dua unit kini ditempatkan di Semenanjung dan Sabah, manakala unit Sarawak dijangka siap Oktober ini.

Fahmi turut meninjau menara Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 di Kampung Kuala Merotai yang menyediakan kelajuan 4G sekitar 50Mbps kepada lebih 1,200 penduduk.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Dato’ Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.