Kongsi Gambar Suami, Adira Beri Gambaran Mahu Selamatkan Rumah Tangga

Gambaran yang mengatakan penyanyi Adira tidak jadi bercerai dengan suaminya Datuk Red

Walaupun tiada kenyataan rasmi dari pihaknya sendiri yang mengatakan dia tidak jadi bercerai dengan suaminya Datuk Red.

Namun perkongsian terbaharu di laman sosial penyanyi Adira semalam seperti memberi gambaran bahawa ada usaha daripada Adira sendiri untuk mempertahankan rumah tangganya.

Berkongsi gambar suaminya yang sedang tidur bersama anak mereka, ini adalah gambar pertama Datuk Red yang dikongsi Adira selepas membuat permohonan cerai pada 1 April lalu.

Ternyata apa yang dikongsi Adira itu turut mendapat reaksi gembiura daripada peminatnya yang mahukan rumah tangga penyanyi ini terus utuh.

Membalas doa yang diberikan pengikutnya itu, Adira turut mengucapkan terima kasih.

Terima kasih semua doakan kami, InsyaAllah.” tulisnya.

Sementara itu Datuk Red menerusi akaun Insta Story berkongsi paparan mesej perbualan WhatsApp Adira bersama seorang wanita dikenali sebagai Fira.

Adira dikatakan memberitahu Fira, dia berhasrat untuk menarik balik permohonan perceraian demi tiga anaknya.