Home Viral Video lelaki kahwin 3 wanita serentak tular, ramai dakwa sekadar marketing produk!

Video lelaki kahwin 3 wanita serentak tular, ramai dakwa sekadar marketing produk!

SEBUAH video yang memaparkan seorang lelaki didakwa berkahwin dengan tiga wanita secara serentak menjadi tular di laman sosial.

Kejadian tersebut turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, lapor Kosmo.

lelaki tersebut kelihatan mengenakan baju pengantin adat Jawa dengan diiringi oleh tiga wanita sekaligus yang didakwa merupakan isteri-isterinya.

Dua daripada mereka juga mengenakan pakaian pengantin beserta perhiasan kepala seperti yang sering dipakai oleh pengantin perempuan berketurunan Jawa.

Wanita ketiga bagaimanapun sekadar memakai baju kebaya tanpa perhiasan pada bahagian kepalanya.

Keempat-empat mereka berjalan seiringan menuju ke pelamin dan kemudiannya bersalaman dengan tetamu yang hadir.

“Keempat-empat pengantin kelihatan sangat bahagia ketika majlis perkahwinan mereka,” tulis keterangan pada video yang dimuat naik di laman Instagram itu.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan netizen berpendapat bahawa video itu adalah strategi pemasaran seorang jurusolek yang ingin mempromosikan solekannya.

Jurusolek tersebut dikatakan merupakan individu pertama yang memuat naik video itu dan mendakwa bahawa lelaki berkenaan berkahwin dengan tiga wanita itu sekaligus.

Sumber: Kosmo

Exit mobile version