Home Berita Semasa Faisal Halim Cedera Disimbah Asid, Suspek Guna Motosikal Curi

Faisal Halim Cedera Disimbah Asid, Suspek Guna Motosikal Curi

Selepas pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid cedera dipukul dan menjaga mangsa samun beberapa hari yang lalu, terkini Faisal Halim cedera disimbah asid oleh individu yang belum dikenal pasti identitinya.

Menurut perkongsian daripada Fina Nasrom yang merupakan wartawan Astro Arena, kejadian tersebut berlaku di sebuah kompleks beli belah di Petaling Jaya.

 

Menurut sumber Astro Arena, Faisal ketika itu sedang membawa keluarganya keluar ke pusat membeli-belah dan dua inidvidu bermotosikal menghampirnya sebelum menyimbah asid kepadanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut mengecam kejadian yang berlaku terhadap Faisal Halim dan berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera terhadap pelaku.

 

“Tiada keganasan dalam sukan,” tegas beliau.

 

 

 

 

Exit mobile version