Rakaman seorang pengguna jalan raya yang memperlihatkan dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menahan penunggang motosikal tular hari ini. Selain turut membuat halangan jalan raya menggunakan kereta rasmi JPJ.
Dalam video berdurasi kurang seminit itu kelihatan anggota tersebut turut menendang serta memukul dibahagian kepala penunggang motosikal itu.
Dalam satu aksi lain salah seorang anggota turut melakukan lompatan untuk menahan penunggang motosikal yang sudah berada di dalam longkang besar.
Menerusi perkongsian Tayson Sonn di laman Facebook miliknya itu ternyata mendapat pelbagai reaksi warganet.
Walaupun lokasi kejadian serta waktu tidak diketahui namun warganet meminta pihak berkuasa membuat siasatan dalam menjelaskan keadaan sebenar bagi mengelakkan salah faham.