Home Berita Semasa Peragut Bermotosikal Lari Tinggalkan Kawan Selepas Dikejar Polis

Peragut Bermotosikal Lari Tinggalkan Kawan Selepas Dikejar Polis

Tular sebuah video di mana seorang peragut bermotosikal sanggup lari tinggalkan kawannya selepas dikejar polis.

Menerusi video yang tular, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Pasar Malam, Bukit Kapar, Klang.

 

Berdasarkan video berdurasi 45 saat itu, kedua-dua peragut kelihatan kelam kabut untuk menyelamatkan diri selepas sebuah kereta peronda polis mula menghimpit mereka.

Ingin menyelamatkan diri, salah seorang peragut yang menunggang motosikal seakan tidak membenarkan rakannya membonceng dan terus lari meninggalkan kawannya. Bagaimanapun peragut yang berlari melarikan diri berjaya ditangkap polis peronda.

 

Exit mobile version