Home Berita Semasa Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah Perkhidmatan Awam...

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah Perkhidmatan Awam – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita gembira buat penjawat awam dengan kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula 1 Disember depan.

Kenaikan gaji tersebut juga merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

Sebelum ini jumlah kenaikan gaji penjawat awam yang tertinggi adalah pada kadar 13 peratus, namun namun Kerajaan Madani akan memastikan jumlahnya akan lebih tinggi daripada itu.

“Untuk tahun depan, bila kita mula laksanakan, ia akan mencecah lebih RM10 bilion, kerana jumlahnya agak besar dan kenaikannya agak lumayan.. dan ini adalah kenaikan paling baik dalam negara.

“Kita juga akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan Pekerja KESUMA Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Sumber : Berita Harian

 

Exit mobile version