Home Viral Niat Mahu Mudahkan Keluarga, Kini Peta Masjid Nabawi Jadi Perkongsian Manfaat Buat...

Niat Mahu Mudahkan Keluarga, Kini Peta Masjid Nabawi Jadi Perkongsian Manfaat Buat Warganet

Niatnya untuk memudahkan ibadah Umrah buat keluarganya namun siapa sangka hasil cariannya di Internet selama setahun selain perkongsian pengalaman mengenai informasi ibadah itu kini menjadi panduan berguna buat pengguna laman sosial lain.

Dikenali sebagai Kamarul Zaman Abdul Aziz, menurut bapa berusia 63 tahun cacatan ini dibuat ketika dia menunaikan Umrah bersama isteri, anak dan kakak iparnya pada tahun 2016.

 

Cukup teliti berkongsi informasi yang dimilikinya, Kamarul juga turut menyediakan tulisan pengalamanya ini secara berperingkat selain turut melukis kedudukan setiap pintu yang berada di Masjid Nabawi.

 

 

1) Hari pertama (cuaca cerah & suhu 16°c), usai solat Asar kami tawaf sekeliling kawasan Masjid Nabawi yang mempunyai 40 pintu pagar@gate bermula dari gate 1. Di luar gate 1 (bahagian Selatan masjid berdekatan dengan Raudhah/kubah hijau) terdapat kedai menjual cenderamata buatan Madinah (Almunawara gift shop). Di belakang bangunan kedai ini terdapat bangunan mahkamah syariah.

2) Dari gate 2 jika berjalan terus keluar menghala arah kiblat@ Selatan sejauh 800m, di situ terdapat masjid Bilal ibn Rabah. (Sumber google. Kami tak pergi ke masjid ini atas faktor kesuntukan masa dan elak keletihan).

3) Di seberang jalan gate 3, 4 & 5 ada sebuah klinik (Al Safiah Health Center) dan pasar menjual kurma (Pasar Tammara).

4) Di gate 5 terdapat 2 buah museum iaitu The Holly Quran Exhibition dan The Prophet’s Mosque Expansion Exhibition.

5) Lebih kurang 50m dari gate 6 kita boleh nampak masjid Al Ghamamah dan di sebelahnya jarak 30m ialah masjid Abu Bakar as-Siddiq.

6) Di pagar bhg. barat masjid, dari gate 7 dgn jarak 100m terdapat masjid Ali bin Abi Talib.

7) Di sepanjang gate 8-14 (bhg. barat masjid) terdapat 3 buah museum iaitu Assalam, Muhammad The Messenger of Allah dan The Beutiful Names of Allah Exhibition.

8) Di gate 15, berjalan 50m menghala keluar kita akan menemui sebuah taman mini berpagar yg subur menghijau iaitu Sokaifat bani Saedah. Taman ini adalah tempat kaum muhajirin & kaum ansar berhimpun membincang perlantikan khalifah bagi menggantikan nabi Muhammad SAW yang baru wafat dan belum dikebumi. Di taman ini lah mereka bersetuju melantik Saidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah pertama umat Islam.

9) Di pagar bhg. utara @ belakang masjid, sepanjang gate 16 hingga 27 terdapat deretan hotel dan kedai yg menjual pelbagai barangan seperti emas, minyak wangi, pakaian, kurma, cenderamata dll.

10) Makanan segera KFC ada berdekatan gate 20.

11) Gate 21 merupakan pintu masuk utama ke Masjid Nabawi. Di luar gate terdapat tugu jam di tengah bulatan@roundabout. Jika kita berdiri di gate dan menghadap tugu jam, sayup mata memandang di belakangnya ialah Jabal Uhud. Dari gate 21 berjalan terus arah utara (400m) akan jumpa pasar kurma dll barangan yg dijual dgn harga berpatutan (Bengali Market).

12) Gate 25 terdapat starbuck dan dari gate ini terus masuk ke pintu 25 masjid Nabawi merupakan laluan khas jemaah wanita untuk ke Raudhah.

13) Gate 27-33 (di bhg. timur masjid) ditutup kerana di luar pagar ada projek pembinaan.

14) Gate 34 ada laluan khas utk jemaah wanita yg ingin melihat perkuburan Baqi dari luar pagar.

15) Di luar gate 35 terdapat klinik (Bab Jebreel Health Center).

16) Gate 36 laluan khas jemaah lelaki utk memasuki kawasan perkuburan Baqi.

17) Di luar gate 37 terdapat pejabat utk melapor kehilangan orang atau harta benda.

18) Di luar gate 38-40 (bhg. selatan) agak sunyi. Hanya trdapat bangunan 2 tingkat bersambung memanjang sehingga ke gate 6 yg mengandungi museum The Holly Quran Exhibtion.

Masa yang kami ambil untuk tawaf keliling pagar Masjid Nabawi ialah 1.30 jam.
Mohon maaf jika ada sebarang kesilapan maklumat. Semoga bermanfaat. Terima kasih.

Kamarul Zaman Abdul Aziz
9/12/2019.

Exit mobile version