Home Viral Nama ‘Slamet Hari Natal’ tular

Nama ‘Slamet Hari Natal’ tular

Seorang warga Indonesia tular kerana mempunyai nama yang unik, Slamet Hari Natal, yang seakan ucapan Hari Krismas sebagaimana mereka menyambut hari ini.

Slamet, 57, difahamkan mendapat nama sedemikian sempena tarikh lahirnya jatuh pada 25 Disember. Menurut laporan media tempatan, nama dia telah diberi oleh bidan yang menyambut kelahirannya, Bu Kis Kiyo.

Lantas, Slamet berkata, dia tidak berniat untuk menukar agama selagi dia menghormati agama lain.

“Saya beragama Islam dan tidak berniat untuk menukar nama, tiada masalah, yang penting kita saling menghormati agama lain,” katanya dipetik media tempatan.

Sementara itu, Anak kepada pasangan Syamsuri dan Ngatinah difahamkan buntu kerana sukar untuk memberi nama anak mereka.

Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, Nama warga asal Wonomulyo Kecamatan Poncokusumo, Kabupaten Malang, Jawa Timur merupakan seorang buruh di Malang. Lalu menjadi perhatian media tempatan dan tular di media sosial setiap kali tibanya sambutan Hari Krismas.

Exit mobile version