Home Viral Naik basikal nak jumpa ayah sakit, nasib baik disapa rider Foodpanda baik...

Naik basikal nak jumpa ayah sakit, nasib baik disapa rider Foodpanda baik hati

SUDAH menjadi kebiasaan bagi kebanyakan penghantar makanan untuk menyapa dan membantu rakan sekerja mereka.

Terbaharu, seorang penghantar makanan Foodpanda, Yuazwan Jusoh berkongsi cerita dimana dia bertemu dengan seorang lagi penghantar makanan yang mengayuh basikal.

Setelah menyapa, dia menyangka rider itu akan menghantar pesanan ke rumah pelanggan. Maka dia pun perlahankan motosikal dan menyapanya. Setelah berbual pendek, rupa-rupanya baru ‘rider’ basikal tu membuka cerita sebenar.

Melalui sebuah perkongsian video yang dimuatnaik di Tiktok, Yuazwan menulis, “Kenapa Allah hantar aku order dari selayang ke Tesco?? Rupanya ada insan yang memerlukan pertolongan. Aku terpaksa decline order demi brader ni”.

https://thenews.com.my/wp-content/uploads/2021/06/Kenapa-Allah-hantar-aku-order-dari-selayang-ke-tesco-Rupanya-ada-insan-yg-memerlukan-pertolongan.-Aku-terpaksa-decline-order-demi-brader-ni..-1.mp4

Difahamkan rupanya rider yang mengayuh basikal ini rupanya sedang terdesak di bawah cuaca panas terik untuk menuju ke Hospital Selayang kerana bapanya baru sahaja dimasukkan ke hospital.

“Bang, tolong saya bawak saya pergi Hospital Selayang. Bapak saya baru masuk hospital la..abang ‘tarik’ je,” rayu ‘rider’ basikal tu.

Terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh rider basikal, Yuazwan segera meletakkan kameranya ke dalam bakul motosikal, rakaman dihentikan dan terus fokus ‘menunda’ basikal tersebut sampailah ke hospital.

Selain dari itu, apa yang menyentuh hati warganet apabila rider basikal berkenaan telah mengayuh sejauh lebih kurang 16 kilometer dari Setapak ke Selayang. Tak cukup meredah panas terik, dia gagahkan juga diri berkayuh di tepi jalan besar yang sangat berisiko sambil memikul beg Foodpanda di belakang demi berjumpa bapa yang sakit.

Mujur Allah menghantar Yuazwan untuk bersapa dengannya. Syukur juga Yuazwan miliki hati, simpati dan empati yang tinggi. Difahamkan, ketika itu dia pun sedang dalam perjalanan nak hantar pesanan.

Tindakan Yuazwan ini memang patut dicontohi oleh orang ramai dan semoga bapa kepada rider basikal dikurniakan kesihatan yang semakin baik pada masa akan datang.

Exit mobile version