Home Viral Motor Ditahan JPJ, Rider Terpaksa Jalan Kaki Galas Beg Foodpanda

Motor Ditahan JPJ, Rider Terpaksa Jalan Kaki Galas Beg Foodpanda

PETALING JAYA – Niat murni seorang lelaki mencari rezeki halal dengan menjadi penghantar makanan (rider) terbantut apabila motosikalnya dipercayai ditahan pihak berkuasa.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Daily Trafic Report, kelihatan rider berkenaan berjalan kaki meninggalkan kawasan sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi klip video itu juga, lelaki yang masih memakai topi keledar dilihat menggalas beg milik sebuah syarikat penghantaran.

Turut kelihatan, beberapa lagi individu yang dipercayai turut ditahan dalam SJR tersebut.

“Zaman ekonomi teruk ni susah nak cakap. Apa pun min doakan moga dipermudahkan segala urusan abang tersebut,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian itu tidak menyatakan tarikh dan lokasi kejadian itu dan mengapa rider tersebut bertindak berjalan kaki meninggalkan kawasan SJR.

Susulan perkongsian itu, beberapa pengguna telah meninggalkan pelbagai reaksi dan komen.

“Moga diberi kelapangan rezeki dan ketenteraman hati buat abang Foodpanda. Moga digantikan dengan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang,” tulis Ruhaiza Samsudin.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hamdi Mi.

“Takkan la pegawai tu tak ada budi bicara, kalau roadtax (cukai jalan) mati sekali pun, boleh je keluar surat saman. Fikir sikit kawan tu cari rezeki,” luahnya sedih. 

Sumber: Kosmo

Exit mobile version