Iklan raya terbaik! netizen puji cara kreatif pengarah tolak “stereotaip” klise masyarakat!

SAMBUTAN perayaan di Malaysia boleh dikatakan kurang lengkap tanpa iklan. Tidak dinafikan, ramai di antara kita yang sentiasa menanti iklan perayaan termasuklah iklan sambutan hari raya aidil fitri yang bakal tiba.

Terbaru, iklan raya yang dimuat naik oleh salah satu jenama makanan Julies menarik perhatian ramai netizen. Ramai yang memuji cara kreatif pengarah yang cuba menyampaikan stigma yang biasa berlaku dalam masyarakat.

Dalam video yang berjudul “Ini iklan raya, tau?!” menunjukkan seorang pengarah yang sedang mengarah iklan klise di kalangan masyarakat tetapi semasa setiap babak sedang dirakam, semua pelakon mempersoalkan mengapa mereka harus melakukan babak itu? walhal babak itu boleh sahaja jadi sebaliknya.

Dilakonkan oleh barisan pelakon yang hebat termasuklah Amerul Affendi, Fauziah Nawi, Sharifah Shahirah dan beberapa pelakon lain, sememangnya ia menjadikan iklan tersebut lebih menarik.

Dalam pada itu, di ruangan komen ada netizen yang menjelaskan maksud disampaikan setiap babak dan mengatakan kini masa untuk berubah dari tipikal jalan cerita yang sentiasa nampak sama sahaja.

Apa pun, memang terbaik iklan raya ni!

Exit mobile version