Raymond Goh, Penyampai Nightline TV3 Meninggal Dunia

Foto: The Rakyat Post

PETALING JAYA – Penyampai berita Nightline TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Mohd. Zaman Goh disahkan meninggal dunia pada jam 10.40 pagi tadi di sebuah hospital dekat sini.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar.

Goh sering tampil di dalam slot Nightline terbitan TV3, dianggap sebagai pemberita bersuara ’emas’ dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam dunia penyiaran.

Sumber: Kosmo