Dia bukanlah lelaki yang mengalami krisis identiti tetapi sering menyamar menjadi perempuan untuk satu misi iaitu mencuri.
Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Penyamarannya itu berjaya dikesan dan akhirnya tertangkap di surau Sunway.
Lelaki yang lengkap berpakaian perempuan malah siap memakai tudung ini jika dilihat betul-betul kelihatan seperti perempuan. Pandai pula dia mengenakan mekap dan memakai tudung..
Dia memasuki surau kononnya mahu menunaikan solat tetapi niat sebenarnya ialah mencuri dan merembat beg tangan tatkala orang lain sedang khusyuk beribadah.
Apabila berjaya ditangkap, segala-galanya terbongkar dan didapati seorang lelaki yang menetap di Johor Baharu.
Siasatan mendapati nama sebenarnya Mohammad Firdaus Abdullah.
Sayang sama sekali sayang, kepandaian budak ini dalam solekan disalahgunakan. Kalaulah digunakan untuk kebaikan, sudah pasti dia menjadi seorang pak andam yang berjaya.