Guna aplikasi Telegram tawar khidmat seks untuk customer bernafsu kuda tak reti duduk diam kat rumah masa PKP

TAK reti duduk diam-diam kat rumah ke? Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seramai 14 warga asing serta seorang warga tempatan yang menawarkan khidmat pelacuran melibatkan dua buah pusat urut di Bandar Puteri Puchong pada Rabu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, dua lokasi tersebut dipercayai menjalankan kegiatan tersebut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0).

“Hasil risikan, premis ini dikunjungi warga tempatan yang meyediakan pakej seks antara RM180 hingga RM225 bagi setiap pakej.

“Serbuan terhadap kedua-dua premis dijalankan serentak pada jam 4.30 petang dengan kekuatan seramai 35 anggota Imigresen,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Difahamkan, anggota operasi terpaksa memecahkan pintu premis berikutan tidak mendapat kerjasama daripada penghuni selain cubaan melarikan diri bersama wanita warga asing berjaya digagalkan.

Sindiket dipercayai menggunakan aplikasi Telegram sebagai platform menawarkan perkhidmatan seks terhadap pelanggan.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 11 wanita warga asing Vietnam, 3 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga salah satu premis tersebut.

Antara kesalahan lain yang dikesan termasuk tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua yang ditahan disiasat mengikut siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – TheNewsMalaysia