Memilih untuk bersanding sekali lagi sempena meraikan ulang tahun keenam perkahwinan mereka.
Pasangan popular Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta dan suaminya, Zain Saidin ternyata mencuri tumpuan netizen sejak semalam.
Berkongsi gambar di laman sosial Instagram, Che Ta yang cantik mengenakan gaun berwarna putih dan Zain mengenakan sut hitam kemas tidak dinafikan seperti pasangan pengantin baharu.
Sementara itu Che Ta turut berkongsi ucapanya sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya semalam.
“Selamat ulang tahun ke enam sayang! Bernikah dengan mu mungkin adalah jawapan terindah daripada Tuhan. “
“Atas doa yang paling sederhana dalam Setiap tahajudku. Tuhan aku hanya ingin bahagia bersamanya,” tulisnya.
Sementara itu peminat pasangan ini juga tidak lupa mendoakan kebahagiaan Zain dan Che Ta selain turut memuji kecantikkan Che Ta yang kini berusia 46 tahun.