Home Hiburan Sensasi Isu video lucah, Zul Ariffin yakin jadi mangsa “deepfake”, malah pengasas Facebook,...

Isu video lucah, Zul Ariffin yakin jadi mangsa “deepfake”, malah pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pernah menerima nasib yang sama

Tidak mahu lagi berselindung di sebalik teka teki peminatnya. Zul Ariffin hari ini tampil dengan kenyataan selepas tular video lucah seakan wajahnya sejak semalam.

Bercakap kepada Xtra, pelakon sado ini yakin menjadi mangsa kepada “Deepfake” . Dalam makna lain Zul menjelaskan video seakan wajahnya itu merupakan hasil suntingan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menguatkan lagi kenyataannya itu, Zul menjelaskan kejadian ini bukan benda baharu memandangkan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg ,juga pernah melalui kejadian yang sama.

Bagaimanapun kata Zul dia tidak menyangkan turut menjadi mangsa memandangkan dia beranggapan perkara begini berlaku ke atas orang politik sahaja.

Turut menasihati rakan-rakan artis lain di luar sana Zul berharap agar semuanya lebih berhati-hari.

”Saya harap, dengan kejadian ini, artis lain juga harus lebih berhati-hati.” katanya.

Tidak dinafikan dengan kemajuan teknologi kini apa yang dikongsi Zul ini bukan dogengan. Apapun semoga Zul bersabar dengan dugaan hujung tahun 2019 ini.

Sementara itu deepfake merupakan istilah yang digunakan sejak dari tahun 2017. Teknologi ini digunakan untuk memanipulasi wajah dua individu dalam satu rakaman video.

Exit mobile version