Home Hiburan “Berpurdah Tapi Peluk Bukan Mahram?” – Penampilan Ruhainies Pulang Umrah Tarik Perhatian

“Berpurdah Tapi Peluk Bukan Mahram?” – Penampilan Ruhainies Pulang Umrah Tarik Perhatian

Sebelum ini media melaporkan pelakon Ruhainies menunaikan umrah ketika bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di tanah suci. Pelakon itu juga turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana.

Penampilan Ruhainies selepas pulang dari menunaikan umrah meraih perhatian netizen.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh pembantu Ruhainies di Tiktok @zaharzbubu7, Ruhainies dan kakaknya Risteena kelihatan memakai jubah serba hitam dan turut bertudung serta berniqab.

 

Namun, yang lebih menarik perhatian netizen apabila video tersebut memaparkan Ruhainies memeluk pembantunya yang merupakan seorang lelaki.

“Berpurdah tapi peluk cium lelaki then nampak lengan.

“Purdah tapi peluk bukan mahram

“Bertutup litup tapi peluk laki tu dah kenapa? Mahram dia ke?,” komen netizen.

Hasil semakan mendapati video tersebut sudah pun dipadam di akaun Tiktok @zaharzbubu7.

 

Exit mobile version