Home Berita Luar Negara Wanita ini berduka, ada punggung terbesar di dunia namun lelaki takut nak...

Wanita ini berduka, ada punggung terbesar di dunia namun lelaki takut nak mendekati

ADA punggung besar pun masih tak laku! Itu situasi yang dialami seorang wanita berdarah campuran Serbia dan Sweden yang mendedahkan dirinya masih enggan didekati lelaki sejak tujuh tahun lalu.

Wanita yang dikenali sebagai Natasha Crown itu juga dikatakan memiliki punggung terbesar di dunia, lapor Kosmo.

Dia yang kini berusia 27 tahun, sanggup berbelanja AS$150,000 (RM628,725) demi mendapatkan bentuk punggung idamannya menerusi lima prosedur yang dipanggil Brazillian Butt Lift (BBL).

Namun impak memiliki ‘aset’ besar sebegitu hanya memberi impak negatif terhadap kehidupan peribadinya apabila tiada lelaki yang berani mendekatkan diri dengannya.

“Hubungan terakhir saya adalah tujuh tahun lalu. Penampilan saya dengan punggung seperti ini memang bukan normal jadi saya rasa lelaki  takut pada saya.

“Ia menakutkan untuk lelaki meskipun mereka mungkin terpikat kepada personaliti saya,” jelas Crown.

Crown dikatakan bakal mendapatkan BBL kali keenam bulan hadapan bagi mengekalkan gelaran pemilik punggung terbesar dunia.

Sumber: Kosmo

Exit mobile version