Home Berita Semasa Letupan Bom di Sungai Golok, Penduduk di Rantau Panjang Rasa Gegaran

[Video] Letupan Bom di Sungai Golok, Penduduk di Rantau Panjang Rasa Gegaran

Sebuah klip video tular di Facebook ketika kejadian bunyi bedilan dan letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal pagi Isnin.

 

Memetik laporan Kosmo! Kejadin dipercayai berlaku pada pukul 12.30 malam waktu Thailand.

Penduduk sekitar juga turut merasakan gegaran walaupun jaraknya jauh dari lokasi kejadian.

 

“Saya turut rasa gegaran walaupun walaupun jaraknya agak jauh dari lokasi kejadian. Disebabkan keadaan sunyi, insiden berbalas tembakan turut didengari dengan jelas,” jelas San, 55, ketika dihubungi Kosmo!

Susulan daripada kejadian itu, beberapa pangkalan haram yang di terdapat di sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang ditutup buat sementara waktu.

Sumber : Kosmo!

 

Exit mobile version